Assalamua'laikum.... n salam sejahtera..
entry hari ini saya nak cerita tentang penubuhan tadika... Bukan apa... kadang-kadang tu ade gak berangan nak bukak tadika sendiri satu hari nanti... insyaAllah.... saya n incik tunang aka bakal suami nk uruskan perusahaan tadika kami... means jadi family business la... berangan-rangan la katenyeee... hehehe... business tadika nie sbnrnye menguntung dan menyeronokkan... yela.. setiap masa dikelilingi kanak-kanak... :)
mula-mula 2 biasela kn... mane ade org wat sesuatu terus maju... kne la tempuhi pelbagai cabaran... okla.. sblum saya merepek panjang berjela nie lari dr rencana sebenar.. elokla saya stop skarang... hehe....
sebelum menubuhkan sebuah tadika@taska... terdapat beberapa prosedur yg perlu dia selesaikan...
PERTAMA
5 langkah penubuhan tadika
terdapat 5 langkah utk menubuhkan tadika :-
melengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan
melakukan kajian pasaran
permohonan pndftrn dgn ROB/ROC
permohonan pndftrn dgn pihak krajaan tmptn
permohonan surt kelulusan dgn Jab. pend. negeri
KEDUA
Proses Kerja Penubuhan tadika (Institut Pendidikan Swasta)
adalah mengikut langkah – langkah berikut :
- Mengisi borang permohonan penubuhan (Borang P1)
- Mendapat kelulusan Premis oleh Pegawai JPN/PPD
- Menghadiri Seminar Penubuhan IPS
- Membuat carian nama IPS di SSM (Borang P1A)
- Membuat kertas kerja penubuhan yang lengkap (Borang PIPS)
- Membentangkan kertas kerja penubuhan kepada Jawatankuasa Penubuhan
- Setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Penubuhan, mendaftarkan perniagaan di SSM (ROB/ROC)
- Mendapat Sijil Perakuan Sementara daripada JPN (untuk tempoh 1 Tahun)
- Mendapatkan surat sokongan 3 agensi; Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan Daerah
- Mendapat Surat Perakuan Pendaftaran IPS
- Memohon permit Pengelola, Pekerja dan Guru
- Mula beroperasi secara rasmi
~~~ enam proses pendaftaran dengan JPN ~~~
- Pendaftaran dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) perlu melalui proses-proses seperti berikut:-
- Pemohon mengemukakan permohonan penubuhan tadika kepada JPN.
- Lawatan kesesuaian oleh pegawai JPN.
- Mengemukakan borang permohonan pendaftaran kepada JPN.
- JPN mendapat pandangan dan sokongan daripada agensi-agensi yang berkaitan.
- Surat kelulusan dikeluarkan oleh JPN dengan syarat-syarat tertentu.
- JPN mengeluarkan sijil pendaftaran sekolah.
bawah nie plak saya terjumpe artikel daripada utusan
online....
Garis panduan seragam penubuhan tadika, taska ditetapkan
KUALA LUMPUR 21 Mac - Kerajaan hari ini menetapkan garis
panduan penyeragaman penubuhan tadika dan taska yang meliputi aspek perancangan
tapak, pelesenan dan proses penubuhan pusat bimbingan berkenaan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee
Heung berkata, mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang
dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan berikutan kewujudan banyak tadika
dan taska tidak berlesen di negara ini. Menurutnya, pelaksanaan garis panduan penubuhan itu akan
dilakukan di peringkat pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
melalui unit pusat setempat (OCS). "Sudah sampai masanya kita mempunyai satu garis panduan
yang komprehensif supaya lebih banyak lagi taska dan tadika didaftarkan."Kita ingin melihat perkhidmatan swasta itu bukan
sekadar untuk meraih keuntungan semata-mata tapi sebagai sebuah institusi
masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MNKT ke-65 di
Parlimen di sini hari ini. Beliau berkata, penetapan syarat lesen untuk beroperasi itu
dibuat setelah mengambil kira jumlah pusat bimbingan tidak berlesen yang
berleluasa di negara ini. "Pada masa ini, hanya 38 peratus daripada 3,234 taska
di negara ini berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
(JKMM)," katanya. Menurutnya, perbincangan itu bersetuju untuk memudahkan
kaedah pendaftaran tadika dan taska melalui permohonan yang diluluskan dalam
masa tujuh hari hingga 14 hari. "Borang-borang pendaftaran itu boleh dimuat-turun dari
laman web yang merangkumi keperluan maklumat agensi-agensi lain. "Tidak perlu lagi pergi kepada pelbagai pihak, semua
boleh dilakukan dalam satu borang," katanya. Katanya, bagi memastikan tadika dan taska di negara ini
diseragamkan dengan baik kerajaan akan melakukan program pemutihan di seluruh
negara.
~~~~~~ TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASE MASA DENGAN
MEMBACA ENTRI INI ~~~~~~