Kasih Ibu MemBawa Ke Syurga..... Kasih Ayah Berkorban Nyawa....

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera....

Entri kali ini adalah entri yang ditulis terus dari hati saya... hari ini saya pulang ke kampung... peluang yang saya dapat ini apabila kuliah bersama Madam shima terpakse dibatalkan atas sebab beliau dan beberapa orang pensyarah perempuan fakulti kami telah mengambil keputusan untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah sahabat kami yang telah pulang ke rahmahtullah... suka ingin saya petik semula kenyataan beliau... "Kasih seorang ibu kepada anak, walau degil mcm mana sekalipun anak itu, kasih ibu itu tetap utuh... saya xdapat membayangkan perasaan dia apabila kehilangan seorang anak dengan keadaan yang tragis dalam sekelip mata" tersentuh hati saya selepas ayat tersebut keluar daripada mulut beliau... rasa hiba.. rasa sayu... semua ada.... xdapat saya nk luahkan dengan kata-kata...

Saya seorang yang cepat tersentuh apabila sesuatu perkara itu menyentuh isu kekeluargaan.. tak kiralah cerita drama kat tv ke... surat khabar ke... slide kuliah ke... buku cerite ke... memng saya sgt mudah tersentuh dengan isu ini..... 


berbalik kepada topik asal saya... kasih  ibu membawa ke syurga kasih ayah bekorban nyawa... setiap patah kata ini pada saya sangat menusuk ke kalbu... Ya ALLAH.. sesungguhnya.. aku bersyukur atas kurniaanMu memberikanku ayah dan ibu yang terbaik di dunia dan akhirat... semoga Engkau tempatkan mereka di SyurgaMu yang kekal abadi.... AMIN..

Kasih ibu... Kasih ibu.... Kasih ibu... mereka la yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia... tanpa mereka... tiada la kita... tanpa mereka... terumbang-ambingla kita hidup tanpa kasih sayang dan belaian mesra... mereka mengasuh kita... mendidik kita untuk jadi insan terbaik... insan berguna... Ya ALLAH... Engkau bimbingla hati kami ini utk menjadi anak yang soleh dan solehah... jadikanla kami ini anak yang dapat berjasa kepada kedua ibubapa kami... bimbingla kami agar tidak menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa kami... Jauhila kami dari sifat-sifat anak yang tidak mengenang budi kedua ibu bapa... Ya Allah.. sesungguhnya Engkaula yang Maha berkuasa dan Maha Mengetahui... Ibu.. engkaula permata hatiku... <3<3



Kasih ayah... Kasih ayah.... Kasih ayah.... setiap keringatmu yang menitik ke bumi xternilai harganya... Siang dan malam memcari rezeki dan sesuap nasi utk kami... Setiap permintaan dari kami xpernh kau endahkan walaupun dalam keadaan susah mahupun senang tetap akan kau kabulkan... begitu besarnya pengorbananmu ayah... Membesarkan dan memberikan kelengkapan yang mencukupi utk kami... Sedaya upaya menyediakan yang terbaik utk kami nikmati.... Ayah... terima kasih atas segalenya... xterbalas segala jasamu ayah.... saya ade terlihat satu video dr you.tube berkenaan pengorbanan seorang ayah... menitis air mata saya melihat video ini walaupun ianya bukan dalam bahasa melayu.. namun ianya sangat menyentuh hati.... selamat menonton...


Besarnya pengorbanan seorang ayah itu terhadap anaknya bukan.... :'(


Teringat saya pada setiap lirik-lirik dalam lagu allahyarham Sudirman... 

Ayah dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


~~~sayu je dengar n tgk video nie~~~

Adab kepada kedua  ibu bapa~~~



Berbicaralah kepada orang tuamu dengan sopan santun, janganlah mengucapkan ‘ah’ kepada mereka, jangan herdik mereka dan berkatalah kepada mereka dengan ucapan yang baik. Taatilah selalu kedua orang tuamu selama tidak dalam maksiat, kerana tidak ada ketaatan pada makhluk yang bermaksiat kepada Allah. Berlemah-lembutlah kepada orang tuamu, jangan bermuka masam di depannya, dan janganlah membentak mereka dengan marah.

gambar hiasan

Jaga harta benda, kehormatan dan nama baik kedua orang tua. Dan janganlah mengambil sesuatu pun tanpa seizin keduanya. Lakukan hal-hal yang meringankan keduanya meskipun tanpa perintah seperti berkhidmat, membelikan beberapa keperluan dan bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Segeralah penuhi panggilan mereka dengan wajah yang tersenyum sambil berkata : ada apa, mama! Atau, ada apa bapakku sayang! Hormati kawan dan sanak saudara mereka ketika mereka masih hidup dan sesudah mati. Jangan bantah mereka dan janganlah persalahkan mereka, tetapi usahakan dengan sopan dalam menjelaskan perkara yang benar. Jangan masuk ke tempat mereka kecuali setelah mendapat izin terutama pada waktu tidur dan istirehat mereka.

gambar hiasan

Jangan berbohong dengan mereka dan janganlah cela mereka jika mereka berbuat yang tidak menarik anda. Jangan utamakan isterimu atau anakmu atas mereka. Mintalah restu dan redha mereka sebelum melakukan segala sesuatu, kerana redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan mereka. Kunjungilah kedua orang tuamu ketika masih hidup dan sesudah mati, bersedekahlah atas nama mereka dan berbanyakkan doa untuknya.

gambar hiasan

Jika anda tergoda untuk merokok, maka jangan merokok di depan mereka. Perbanyak melakukan kunjungan kepada kedua orang tua dan memberi hadiah, sampaikan terima kasih atas pendidikan dan jerih payah mereka, dan ambillah pengajaran dari anak-anakmu dan kesulitan-kesulitan selama bersama mereka.

gambar hiasan

Jika kamu sudah mampu mencari rezeki maka bekerjalah dan bantulah orang tuamu. Janganlah jadi biawak hidup…. Kedua orang tuamu mempunyai hak atas kamu, dan isterimu mempunyai hak atas kamu, maka berilah hak mereka. Jika keduanya berselisih, usahakanlah kamu pertemukan mereka dan berilah masing-masing hadiah secara diam-diam. Jika ayahmu bertengkar dengan isterimu, maka bertindaklah bijaksana, dan beri pengertian kepada isterimu bahawa kamu berpihak padanya jika dia benar, hanya kamu terpaksa harus menyakinkannya.

gambar hiasan

Jangan kikir untuk menginfakkan harta kepada mereka sampai mereka mengadu padamu dan itu merupakan kehinaan bagimu dan itu akan kamu dapatkan balasannya dari anak-anakmu. Apa yang kamu perbuat akan mendapat balasan. Doa orang tua untuk kebaikan dan kejelekkan diterima Allah, maka hati-hatilah terhadap doa mereka untuk kejelekkan. Diantara dosa-dosa besar adalah cacian seseorang terhadap kedua orang tuanya. Mencaci ayahnya sendiri, mencaci ibu orang lain maka ia mencaci ibunya sendiri.




~~~~ Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini~~~~

<3<3<3<3 SHARING IS CARING <3<3<3<3

Faktor dan Cara Mengatasi Masalah Pembelajaran Kanak-kanak


Assalamua'laikum n salam sejahtera.... (^_^)

Entri hari ini saya ingin berkongsi mengenai masalah pembelajaran kanak-kanak.. Di sini ingin saya kongsikan sedikit maklumat daripada esaimen yang telah saya siapkan sebelum ini... semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan memberikan input berguna kepada semua...

<3<3<3      SeLaMaT MeMBaCa    <3<3<3



       Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan-tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. 

gambar hiasan

Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha-usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak-kanak, tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus. Punca-punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi dan punca psikososial.

gambar hiasan

Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah ( lead poisoning ) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. 

gambar hiasan

Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan tersebut. Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

gambar hiasan

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci  punca-punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak  itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa  yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. 

gambar hiasan

Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. 

gambar hiasan

Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah  mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kanak itu membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Kanak-kanak itu  sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru. 

gambar hiasan

Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yang dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut. Pelbagai corak dan fungsi perkembangan ditemui di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

gambar hiasan

Umpamannya, seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya,  melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya di kelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan. 

gambar hiasan

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. 

gambar hiasan

Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-kank ini akan lebih cepat dapat menangani masalah permbelajaran ini. Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif, lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu, penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak-kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. 

gambar hiasan

Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Kadang kala, terdapat kanak-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan-latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya . 

gambar hiasan

Ada beberapa cara untuk membantu murid-murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku-buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak-kanak  ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru-guru yang berpengalaman. 

gambar hiasan

Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash-cards boleh mendatangkan minat membaca kepada kana -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas-kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.

gambar hiasan

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak-kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension). Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah  peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik. 

gambar hiasan

Lazimnya, pada peringkat usia lima hingga enam tahun, kanak-kanak sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, kanak-kanak semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, kanak-kanak sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima ke atas yang sudah mula berfikir tentang makna setiap sesuatu yang dibacanya. Mereka mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. 

gambar hiasan

Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas  maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. 

gambar hiasan

Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas. Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya. 

~~video ibubapa bersama-sama membantu kanak-kanak memupuk minat membaca~~

Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.  Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. 

gambar hiasan

Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan. Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.  Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. 

gambar hiasan

Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka. Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak di atas bahu para  profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas di rumah.



~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3



Faktor dan Cara Mengatasi Masalah Emosi Kanak-kanak


Assalamua'laikum n salam sejahtera.... (^_^)

Entri hari ini saya ingin berkongsi mengenai tingkahlaku makanan kanak-kanak.. Di sini ingin saya kongsikan sedikit maklumat daripada esaimen yang telah saya siapkan sebelum ini... semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan memberikan input berguna kepada semua...

<3<3<3      SeLaMaT MeMBaCa    <3<3<3


gambar hiasan

Perasaan empati kanak-kanak akan membawa kepada perkembangan sosial ke arah membantu orang lain, iaitu tingkah laku prososial. Sebagai contoh, kanak-kanak menunjukka perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah dan membantu dalam penjagaan adik. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 7 tahun lebih cenderung untuk menunjukkan sikap bekerjasama apabila bermain dengan rakan mereka.

gambar hiasan

Manakala tingkah laku anti sosial pula seperti tingkah laku agresif, intrusive, asertif, dan suka mengawal orang lain atau melakukan keganasan dan mencederakan orang lain. Kelakuan antisosial yang bermasalah dihadapi pada zaman kanak-kanak ialah bercakap bohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah. Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang kanak-kanak itu menjadi anti sosial.

gambar hiasan

Salah satu daripadanya ialah tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu sebenarnya akibat daripada proses modeling, misalnya melalui model-model atau cerita-cerita yang dipaparkan di televisyen. Pengawasan ibu bapa dalam mengawal kanak-kanak menonton televisyen amatlah perlu bagi mengelakkan kanak-kanak menonton siaran yang televisyen yang tidak sepatutnya. Dengan cara ini kanak-kanak tidak terlalu berisiko meniru gaya-gaya yang tidak sepatutnya yang terdapat dalam televisyen.

gambar hiasan

Gangguan emosi juga boleh menyebabkan  seseorang kanak-kanak itu tidak maju di dalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya.

gambar hiasan

Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan. Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah.  Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.

gambar hiasan





~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

Faktor dan Cara Mengatasi Masalah Tingkahlaku Makanan Kanak-kanak


Assalamua'laikum n salam sejahtera.... (^_^)

Entri hari ini saya ingin berkongsi mengenai tingkahlaku makanan kanak-kanak.. Di sini ingin saya kongsikan sedikit maklumat daripada esaimen yang telah saya siapkan sebelum ini... semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan memberikan input berguna kepada semua...

<3<3<3      SeLaMaT MeMBaCa    <3<3<3


gambar hiasan

Isu makanan merupakan satu apek penting dalam masyarakat. Oleh kerana makanan penting dalam kehidupan dan boleh memastikan perkembangan fizikal yang sihat, semua ibu bapa berharap agar anak mereka gemar makan makanan berkhasiat. Walaubagaimanapun tidak semua menu hidangan ibu bapa disukai oleh kanak kanak. Beberapa jenis masalah yang berhubungkait dengan makanan boleh timbul di kalangan kanak kanak ialah memilih makanan serta tidak mahu makan. 

gambar hiasan

Masalah memilih makanan ini banyak menyebabkan kita sering terdengar keluhan ibu bapa yang amat risau dengan cara pemakanan anak-anak mereka, terutama sekali bagi anak-anak yang tidak suka makan sayur-sayuran. Selain itu ada di kalangan kanak-kanak yang hanya memilih sejenis makanan setiap hari tanpa jemu.

gambar hiasan

Ada pula kanak-kanak yang hanya memilih makanan ringan seperti keropok dan gula-gula untuk di makan. Makan seperti ini boleh menimbulkan masalah pada kesihatan holistik mereka kelak. Cara yang sesuai bagi mengatasi masalah seperti ini adalah dengan cara ibu bapa digalakkan makan semeja bersama ke semua anak-anak mereka pada waktu makan dan makan bersama anak mereka. 

gambar hiasan

Dalam suasana makan bersama, ibu bapa perlu makan makanan berkhasiat terutama sekali sayur-sayuran yang dimakan dengan selera sekali. Pendek kata apa sahaja makanan yang ibu bapa mahu anak mereka makan, ibu bapa perlu memakannya di hadapan anak-anak mereka dengan penuh selera dan rasa enak. Kanak-kanak yang melihat keadaan ini tentu sekali ingin mencuba dan meniru gelagat ibu bapa mereka. 

gambar hiasan

Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah ini tidak perlu dimarahi sekiranya mereka makan dalam keadaan bersepah. Hal ini kerana ibu bapa juga perlu memastikan bahawa suasana semasa makan adalah tenteram dan tidak dipenuhi dengan kritikkan untuk mengelakkan anak kecil menjadi takut pada waktu makan. 

gambar hiasan

Ibu bapa seharusnya membiarkan sahaja keadaan bersepah yang berlaku dan melatih anak mereka sedikit demi sedikit supaya tidak makan dalam keadaan demikian untuk membantu anak-anak mudah gemarkan makanan ialah melalui proses pembelajaran dengan memperkenalkan rasa pelbagai makanan kepada mereka.  

gambar hiasan

Manakala masalah tidak mahu makan di kalangan kanak-kanak juga boleh merungsingkan ibu bapa, terutama sekali apabila kanak-kanak kelihatan kurus walaupun masih ligat berlari dan bermain. Antara puncanya terjadinya masalah seperti ini adalah kanak-kanak mungkin kerap makan makanan ringan. Ini kerana makanan ringan mengandungi bahan yang menjadi bahan tenaga kepada kanak-kanak. Oleh itu, walaupun mereka tidak makan nasi mereka tetap bertenaga.

gambar hiasan

Selain daripada itu, masa ibu bapa memberi anak mereka makan adalah tidak sesuai. Ada di kalangan ibu bapa gemar memberi anak mereka makan lebih awal dari mereka. Pada masa yang sama anak-anak mungkin sedang asyik bermain. Dalam keadaan begitu kanak-kanak tidak berminat langsung untuk makan dan menganggap makanan adalah pengacau. 

gambar hiasan

Bagi kanak-kanak yang tidak mesra dengan ibu bapa mereka pula, makanan boleh dijadikan bahan untuk melawan kehendak ibu bapa mereka. Selain itu, kanak-kanak yang sudah kenyang kerana terlalu banyak minum air juga boleh menyebabkan kanak-kanak kenyang dan tidak mahu makan. Kanak-kanak yang susah hati, dalam keadaan risau, sedih, gelisah atas sebab-sebab  tertentu juga boleh menyebabkan kanak-kanak tidak mahu makan.

gambar hiasan

Cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah ini adalah ibu bapa perlu meneliti sama ada kesihatan fizikal anak-anak mereka tidak terjejas. Kanak-kanak yang tidak mahu makan, berat badan mereka tidak meningkat, kelihatan lesu, dan lemah. Ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka tidak dibenarkan makan benda-benda lain sebelum sampai waktu makan yang sebenarnya. 

gambar hiasan

Sekiranya kanak-kanak tidak mahu makan, ibu bapa tidak patut memaksa dan menggunakan cara kekerasan. Hal ini mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak melawan dengan tidak mahu makan. Ibu bapa perlu membiarkan anak meraka yang sudah berumur lebih 6 tahun boleh mengawal diri unuk makan. Sekiranya berat badan kanak-kanak semakin menurun walaupun mereka kelihatan aktif bermain, ibu bapa perlu membawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.

gambar hiasan



~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3


Kesihatan Holistik Dari Segi Nutrisi/Pemakanan


Assalamua'laikum.... n salam sejahtera...

Entri nie adalah sambungan dari entri sebelum nie... kali ini ianya adalah berkaitan Nutrisi/Pemakanan... semoga ianya dapat memberikan info-info kepada semua.... Selamat membaca.... :)

gambar hiasan

Pada usia 2 tahun, kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan kanak-kanak adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Ibu bapa tidak harus bimbang akan anak-anak yang perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan. Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. 

gambar hiasan

Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Ibu bapa boleh berikan anak-anak mereka makanan yang seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari. 

gambar hiasan

Kanak-kanak petatih dan prasekolah pula, pada usia ini pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kanak-kanak tersebut.
gambar hiasan


Selain itu, ibu bapa perlulah mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan bagi mengekalkan diet keseimbangan makanan. 

gambar hiasan

Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama. Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar kanak-kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama. Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus. 

gambar hiasan

Pemakanan berdasarkan piramid makanan membantu keseimbangan pemakanan kanak-kanak dalam menjaga kesihatan kanak-kanak. Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. 

gambar hiasan

Selain itu ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental dan membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit terhadap kanak-kanak serta menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

gambar hiasan

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.

gambar hiasan



~~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ~~~~~

<3<3<3<3 SHARING IS CARING <3<3<3<3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Winnie The Pooh Glitter