Faktor dan Cara Mengatasi Masalah Pembelajaran Kanak-kanak


Assalamua'laikum n salam sejahtera.... (^_^)

Entri hari ini saya ingin berkongsi mengenai masalah pembelajaran kanak-kanak.. Di sini ingin saya kongsikan sedikit maklumat daripada esaimen yang telah saya siapkan sebelum ini... semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan memberikan input berguna kepada semua...

<3<3<3      SeLaMaT MeMBaCa    <3<3<3



       Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan-tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. 

gambar hiasan

Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha-usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak-kanak, tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus. Punca-punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi dan punca psikososial.

gambar hiasan

Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah ( lead poisoning ) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. 

gambar hiasan

Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan tersebut. Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

gambar hiasan

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci  punca-punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak  itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa  yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. 

gambar hiasan

Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. 

gambar hiasan

Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah  mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kanak itu membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Kanak-kanak itu  sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru. 

gambar hiasan

Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yang dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut. Pelbagai corak dan fungsi perkembangan ditemui di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

gambar hiasan

Umpamannya, seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya,  melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya di kelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan. 

gambar hiasan

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. 

gambar hiasan

Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-kank ini akan lebih cepat dapat menangani masalah permbelajaran ini. Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif, lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu, penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak-kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. 

gambar hiasan

Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Kadang kala, terdapat kanak-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan-latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya . 

gambar hiasan

Ada beberapa cara untuk membantu murid-murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku-buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak-kanak  ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru-guru yang berpengalaman. 

gambar hiasan

Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash-cards boleh mendatangkan minat membaca kepada kana -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas-kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.

gambar hiasan

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak-kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension). Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah  peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik. 

gambar hiasan

Lazimnya, pada peringkat usia lima hingga enam tahun, kanak-kanak sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, kanak-kanak semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, kanak-kanak sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima ke atas yang sudah mula berfikir tentang makna setiap sesuatu yang dibacanya. Mereka mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. 

gambar hiasan

Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas  maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. 

gambar hiasan

Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas. Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya. 

~~video ibubapa bersama-sama membantu kanak-kanak memupuk minat membaca~~

Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.  Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. 

gambar hiasan

Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan. Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.  Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. 

gambar hiasan

Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka. Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak di atas bahu para  profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas di rumah.



~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter