Kesihatan Holistik Dari Segi Fizikal

Assalamua'laikum.... n salam sejahtera....

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.... entri kali nie saya ingin kongsikan berkaitan kesihatan holistik dari segi fizikal.... diharap ianya dapat membantu anda dalam mendalami ilmu pendidikan awal kanak-kanak ini....



Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi pertumbuhan fizikal, kemahiran pergerakan kasar dan halus. Pertumbuhan fizikal adalah seperti pertumbuhan gigi, berat badan, ketinggian badan dan rangka tulang. Manakala, kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan halus. Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan bersukan.


Disamping itu mereka juga lebih diberi tanggungjawab menjalankan aktiviti seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dn melipat pakaian.

gambar hiasan

Kemahiran fizikal menjadi suatu keseronokkan dan merupakan pencapaian yang berguna kepada kanak-kanak. Penting bagi kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan pada peringkat sekolah rendah. Semasa kanak-kanak mulai masuk ke alam persekolahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, ,membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.

gambar hiasan

Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan  menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna.

gambar hiasan

Semoge dengan adanya entri ini dapat membantu dan menambahkan info kepada semua.... terima kasih kerana sudi meluangkan waktu untuk membaca entri ini.... <3


<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter