Kesihatan Holistik Dari Segi Mental


Assalamua'laikum.... n salam sejahtera...
entri nie adalah sambungan dari entri sebelum nie... seperti yg telah saya janjikan pada entri sebelum ini.... semoga ianya dapat memberikan info-info kepada semua.... Selamat membaca.... :)


Kesihatan mental kanak-kanak yang normal didefinisikan sebagai seseorang itu dapat memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, mereka juga dapat meneruskan kemajuan perkembangan psikososial. Dapat bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek. Boleh merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya. Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan kanak-kanak sedunia,dan lebih kurang 13% di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996.
( Mental Health Problem in Children )

gambar hiasan

Melalui perkembangan mental kanak-kanak pula terbahagi kepada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai tiga bahagian. Pertama, perkembangan persepsi kanak-kanak melalui deria sentuh. Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya. Manakala melalui deria rasa dan bau pula, pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa sekunder, misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang lebih rumit seperti bau rempah dan cili.

gambar hiasan

Deria pendengaran pula, kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan kepada maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan aktiviti mendengar cerita dan menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka. Melalui deria penglihatan, manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria yang lain semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James Gibson, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan dan sistem motor.Teori differensiasi menerangkan bagaimana kanak-kanak membezakan simbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Huruf-huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang songsang adalah kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi kanak-kanak dalam mengesan perkataan bertulis. 

gambar hiasan

Perkembangan intelektual kanak-kanak pula merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini adalah seperti kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isipadu. 

gambar hiasan

Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah isipadunya. Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja. Kanak-kanak juga berupaya mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas yang lebih rendah serta berupaya menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada satu dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna. Pemikiran melalui kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya. Selain itu juga, berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental serta keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini membantu kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau perspektif.

gambar hiasan

Seterusnya, melalui perkembangan bahasa kanak-kanak, bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam  dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988). 

Dengan kesemua perkembangan mental ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan.

~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter