Pengalaman Estetika Kanak-kanak


Setiap orang di dunia ini akan mencari sesuatu yang penting dan diperlukan untuk diri masing-masing. Mereka akan mencari apa yang mereka inginkan. Hal ini berlaku sejak dari kanak-kanak sehingga mereka dewasa. Cuba anda bayangkan bahawa sekumpulan orang yang dibawa ke sebuah bilik dan mereka diminta untuk melihat beberapa barang di atas sebuah meja. Di atas meja tersebut terdapat sepinggan makanan, segelas air, dan sejumlah wang. Bagi mereka yang lapar dan kehausan, mereka mungkin akan memerhatikan serta mengambil sepinggan makanan tersebut untuk dimakan dan mengambil segelas air tersebut untuk diminum. Manakala bagi mereka yang kesempitan wang pula akan memerhati dan mengambil sejumlah wang yang berada di atas meja tersebut.



Begitu juga dengan kanak-kanak, meraka juga akan berusaha untuk mendapatkan apa sahaja yang mereka perlukan dan mereka inginkan. Sebagai contoh, jika kanak-kanak berasa letih, mereka akan mencari tempat untuk berehat. Manakala bagi yang kesunyian pula, akan berusaha untuk mencari teman bermain. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, apabila kanak-kanak merasa diri mereka sihat, merasa selamat serta berasa diri mereka berhak untuk mendapatkan apa yang diinginkan, mereka sebenarnya telah bersedia untuk mengembangkan perasaan serta mengekpresikan pengalaman estetika mereka dengan baik. Orang dewasa perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak mengembangkan pengalaman estetika ini kerana kanak-kanak akan menyembunyikan perasaan mereka ketika mereka merasa tidak selamat.




Pengalaman estetika merupakan sebahagian daripada ilmu cabang falsafah yang mengutarakan isu-isu berkaitan dengan sifat seni dan nilai yang terdapat pada hasil seni. Oleh sebab itu, secara semula jadi, kanak-kanak mudah tertarik dengan objek/perkara/sesuatu yang luar biasa/pelik. Kanak-kanak akan tertarik dengan sesuatu yang baru. Pengalaman estetika kanak-kanak dipengaruhi oleh penglihatan/pengalaman/eksplorasi. Pengalaman estetika ini amatlah penting dalam dalam perkembangan fizikal, kognitif, kreativiti dan sebagainya. 

Guru dapat mempengaruhi kanak-kanak dalam memperkembangkan pengalaman estetika mereka. Melalui pengalaman estetika ini, kanak-kanak dapat mengembangkan potensi dan kebolehan yang ada pada diri kanak-kanak itu sendiri.  Kanak-kanak akan mendapatkan apa sahaja yang mereka perlukan dan inginkan. Mereka dirangsang oleh perkara-perkara yang mereka rasakan menarik serta mempunyai kepentingan kepada diri mereka. Secara ringkasnya, kanak-kanak mempunyai tiga jenis pengamatan dan perasaan. Yang pertama adalah melalui lima deria mereka, yang kedua pula adalah perasaan dalaman atau naluri dan yang ketiga pula adalah imaginasinya. 



Banyak cara yang boleh digunakan untuk mengembangkan potensi estetika kanak-kanak. Guru boleh mengembangkannya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan kanak-kanak mengeksplorasi, memanipulasi, dan menggunakan cara yang berbeza melalui potensi estetika yang mereka ada. Apa yang penting bagi seseorang guru adalah menghargai setiap karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak agar mereka akan lebih bersemangat untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang sekaligus dapat memupuk minat mereka untuk mengembangkan potensi mereka. 



Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, apabila kanak-kanak merasa diri mereka sihat, merasa selamat serta berasa diri mereka berhak untuk mendapatkan apa yang diinginkan, mereka sebenarnya telah bersedia untuk mengembangkan perasaan serta mengekpresikan pengalaman estetika mereka dengan baik. Orang dewasa perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak mengembangkan pengalaman estetika agar kanak-kanak tersebut akan menjadi orang yang kreatif dan gembira dalam menjalani kehidupan harian mereka kelak.



Oleh yang demikian, pengalaman estetika dalam penting dan perlu diterapkan kepada kanak-kanak sejak mereka kecil lagi agar perkembangan diri mereka akan menjadi lebih baik. Kebolehan mereka dalam menunjukkan potensi diri adalah sangat diperlukan kerana pengalaman ini menjadikan mereka seseorang yang berguna apabila mereka dewasa kelak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter