Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

assalamua'laikum n salam sejahtera

Jean Piaget
  • Dilahirkan pada 9 Ogos 1896, Switzerland.
  • Merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan.
  • Memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • Meninggal dunia pada tahun 1980



4 Konsep Utama Teori Kognitif Piaget
· Skema (Schema)
· Penyerapan (Assimilation)
· Pengubahsuaian (Accomodation) dan
· Keseimbangan (Equilibrium)

gambar hiasan

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

gambar hiasan

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

gambar hiasan

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

gambar hiasan

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.


4 Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget


Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
  • Sensori motor (0-2 tahun)
  • Pra-operasi (2-7 tahun)
  • Operasi konkrit (7-12 tahun)
  • Operasi formal (12 tahun ke atas)

1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)


gambar hiasan

  • Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya;
  • Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
  • Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

gambar hiasan
  • Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan);
  • Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
  • Kemahiran berbahasa kian meluas;
  • Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
  • Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan BBM yang konkrit;
  • Arahan ringkas dan difahami;
  • Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
  • Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

gambar hiasan
  • Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
  • Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan;
  • Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
  • Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
  • Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
  • Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
  • Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
  • Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

gambar hiasan
  • Pemikiran abstrak;
  • Pemikiran sistematik;
  • Kebolehan berhipotesis;
  • Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
  • Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
  • Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
  •  Boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara logik.

credit to : Pelangi Petang

~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter