Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

assalamua'laikum n salam sejahtera

Jean Piaget
  • Dilahirkan pada 9 Ogos 1896, Switzerland.
  • Merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan.
  • Memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • Meninggal dunia pada tahun 1980



4 Konsep Utama Teori Kognitif Piaget
· Skema (Schema)
· Penyerapan (Assimilation)
· Pengubahsuaian (Accomodation) dan
· Keseimbangan (Equilibrium)

gambar hiasan

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

gambar hiasan

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

gambar hiasan

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

gambar hiasan

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.


4 Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget


Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
  • Sensori motor (0-2 tahun)
  • Pra-operasi (2-7 tahun)
  • Operasi konkrit (7-12 tahun)
  • Operasi formal (12 tahun ke atas)

1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)


gambar hiasan

  • Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya;
  • Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
  • Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

gambar hiasan
  • Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan);
  • Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
  • Kemahiran berbahasa kian meluas;
  • Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
  • Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan BBM yang konkrit;
  • Arahan ringkas dan difahami;
  • Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
  • Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

gambar hiasan
  • Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
  • Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan;
  • Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
  • Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
  • Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
  • Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
  • Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
  • Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

gambar hiasan
  • Pemikiran abstrak;
  • Pemikiran sistematik;
  • Kebolehan berhipotesis;
  • Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
  • Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
  • Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
  •  Boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara logik.

credit to : Pelangi Petang

~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

Komunikasi Dalam Matematik


Assalamua'laikum n salam sejahtera u'olls

entri ini pula adelah kesinambungan daripada entri sebelum nie.... semoga dengan perkongsian nie dapat memberikan info-info kepada yang membacanye... InsyaALLAH...

gambar hiasan

Komunikasi Dalam Matematik

Komunikasi yang berkesan boleh dilaksanakan melalui kaedah berikut :

Komunikasi secara lisan

gambar hiasan

Komunikasi secara lisan merupakan proses interaksi yang aktif yang melibatkan aktiviti-aktiviti psikomotor seperti melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan menghidu. Komunikasi secara lisan dilaksanakan sebagai hubungan dua hala antara guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan. 
Antara komunikasi secara lisan yang berkesan dan bermakna bagi pembelajaran matematik adalah seperti berikut :

  • Bercerita dan bersoal jawab dengan menggunakan perkataan sendiri
  • Menyoal dan menjawab soalan
  • Temu bual berstruktur dan tidak berstruktur
  • Perbincangan dalam bentuk forum, seminar, perbahasan, sumbang saran dan sebagainya
  • Perbentangan dapatan tugasan


Komunikasi Secara Bertulis

gambar hiasan

Komunikasi secara bertulis merupakan proses penyaluran idea dan maklumat tentang matematik yang dipersembahkan secara bertulis. Kerja bertulis biasanya dihasilkan daripada sumbang saran, perbincangan dan pemikiran yang boleh dilaksanakan melalui tugasan. Penulisan juga boleh menggalakkan murid untuk memikirkan isi kandungan matematik dan melihat perhubungan antara konsep-konsep dengan lebih mendalam. 
Antara komunikasi secara bertulis yang boleh dilaksanakan melalui tugasan adalah seperti berikut:
  • Latihan
  • Jurnal
  • Buku Skrap
  • Folio
  • Portfolio
  • Projek
  • Ujian bertulis


Komunikasi Secara Perwakilan

gambar hiasan

Perwakilan sebagai proses menganalisis sesuatu masalah matematik dan menterjemahkan daripada satu mod ke mod yang lain. Perwakilan matematik membolehkan murid menghubungkaitkan antara idea matematik yang tidak formal, intuitif dan abstrak dengan bahasa harian murid. Contohnya ; 6xy boleh dihuraikan sebagai luas bagi satu kawasan berbentuk segi empat tepat dengan panjang sisi-sisinya, 2x dan 3y. Ini dapat menyedarkan murid bahawa sesetengah kaedah perwakilan itu lebih berkesan dan berguna jika mereka mengetahui penggunaan elemen perwakilan matematik tersebut.

gambar hiasan


credit to : diary hearty


~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

Teori Pembelajaran Matematik Zoltan P. Dienes


Assalamua'laikum dan salam sejahtera

entri kali nie unsur akademik skit k u'olls.... semua nie utk persiapan saya jawab paper Mathematic for young children... so.. nk share skit nota yg sy jumpe nie.... harap dengan adenye entri ini dpt membantu anda semua mengulang kaji.. terutamanya utk sahabat-sahabat...
 ISMP PAKK 09/10 UPSI...


Pengenalan

Zoltan P. Dienes
Ahli matematik, psikologi dan pendidik.
Berpendapat bahawa setiap konsep matematik boleh menjadi mudah untuk difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit.


Jenis-jenis Konsep Matematik

Konsep Matematik Tulen
Sebarang nombor boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungan.
Contoh: Dua, 8, VI, 110 adalah contoh-contoh konsep bagi nombor genap.

Konsep Tatatanda
Sifat-sifat bagi nombor.
Contoh : 134 beerti 100+30+4.

Konsep penggunaan
Aplikasi penggunaan konsep tulen dan tatatanda
Contoh : kesalahan operasi 3(2+5) = 6+5 = 11 yang dilakukan pelajar ialah akibat dari salah faham konsep kurungan.


Peringkat-peringkat Dalam Pembelajaran Matematik

Peringkat 1 : Permainan Bebas (Free Play)

gambar hiasan

Pelajar diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan ABM atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan.
Dalam peringkat ini, para pelajar membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu.


Peringkat 2 : Permainan Berstruktur (Games)

gambar hiasan

Permainan yang mengikut peraturan atau hukum.
Dalam peringkat ini pelajar-pelajar menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang ditemui.


Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri (Searching for Communalies or Common Characteristic)

gambar hiasan

Guru membimbing pelajar-pelajar dalam mencari ciri-ciri sama untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara mengemukakan beberapa contoh matematik.
Dalam peringkat ini, pelajar-pelajar harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit.


Peringkat 4 : Perwakilan Gambar (Representation)

gambar hiasan

Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, pelajar-pelajar perlu menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar.


Peringkat 5 : Perwakilan Simbol (Symbolisation)

gambar hiasan

Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep daripada perwakilan gambar.
Para pelajar patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol matematik untuk mewakili konsepnya.


Peringkat 6 : Formalisasi (Formalisation)

gambar hiasan 

Pelajar-pelajar akan menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk selesaikan masalah atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya menjadi satu sistem formal.

credit to : diary hearty

~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

Perfect Romantic Escape

assalamua'laikum n salam sejahtera semua...

tadaaaa.... hehehe.... so.. amacam tajuk entri kali nie....  daboom x u'olls....?

"Perfect Romantic Escape"

pemilihan tajuk atas tua ade lah semperna nk join satu contest nie... manela tau ade rezki.. menang.. dapat g bercuti kat Langkawi sebelum praktikum nanti... :)
ok... sebut je Langkawi... mesti semua org akan terbayangkan coklat n pantai dengan pasir yg memutih... angin bertiup sepoi-sepoi.. perhh.. memng bestla utk org mcm sy nie tenngkn fikiran selepas berhempas-pulas menjawab exam yang superb punye susah sebelum persiapkan diri pergi praktikum... kn..kn...kn... hehehe... :P

Seperti yang korng tau, Langkawi selain terkenal dengan sejarah Mahsuri... tetapi ianya juga menjadi pilihan bagi pengantin baru untuk berbulan madu dan orang ramai untuk bercuti di sana... kenapa?
1- sebab Langkawi adalah sebuah pulau.. 
2- sebab Langkawi mempunyai persisiran pantai yang menarik dan cantik
3 - Langkawi mempunyai Geopark yang terkenal di dunia.
4 -di Langkawi terdapat sebuah jambatan yang dikategorikan sebagai jambatan paling mencabar untuk dilalui... kenape??? sbb hanya mempunyai satu tiang dan menghubungkan antara 2 bukit... 
5- banyak tempat yang boleh dilawati...
6- ade cablecar jugak tau... :)
7- dapat borong barang banyak dengan harga yang lebih murah sbb terkenal sebagai kawasan bebas cukai..
8- Dapat menenagkan fikiran bg mereka yang tidak mahu diganggu seperti pengantin baru la... baru la romantik dpt habiskan masa berdua-duaan tanpa gangguan sesiapa... hehehe
9- Langkawi juga ade lapangan terbang.. kalu malas nk g naik feri.. bleh fly jew.... 
10- last2... disebabkan langkawi dikelilingi dengan persisiran pantai yang cantik n menarik... so.. memng banyak perkhidmatan penginapan yang disediakan... hotel.. chalet... homestay n resort n berbagai lagila...
contohnya Awana Hotels & Resorts in Langkawi.... sbb ia adalah tempat yang paling sesuai n paling romantik untuk pasangan pengantin baru yang ingin menghabiskan masa untuk berbulan madu... <3

kalu saya diberi peluang untuk g bercuti smbil memenangkan fikiran... Langkawi adalah tempat yang akan saya pilih.. sbb ciri-ciri yang saya inginkan ade pada Langkawi...
kalu utk gberbulan madu lepas kawin nanti pun ok pe... hehehe.... gatal plak nak kawin... mentang-mentangla hari 2.....
 musim cuti + musim org kawin = gatal gak nk kawin... hahahhaa * gurau jew
to incik tunang... 
pas kawin nanti.. xyah jauh2 nk g honeymoon.. Langkawi pun ok... :P
ok2.. sebelum mengakhiri entri ini... n utk melengkapkan syarat-syarat pada contest ini... saya nk publish gambar saya n incik tunang saya... 



kalau ditakdirkan saya dpt hadiah untuk contest nie.. saya akan bagi hadiah nie kepada seseorang.... saya nie kn xkawen lagi... so.. xsesuaila... hadiah nie utk couple2 yang nk berhoneymoon...  
boleh jadi... hadiah nie saya akan hadiahkan kepada pasangan yang baru berkahwin.. dengan ucapan... 

" SELAMAT PENGANTIN BARU "


~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

Exam fever is coming again!!

assalamua'laikum n selamat sejahtera semua.......

today i  will write about a simple entry.... opss.... tersyasul sudah.... hehehe... sorry... nie semua sebab ngah pulun stdy subjek early childhood curriculum.... entri kali nie xde nk byk ckp r byk membebel... tp just nk wish...


SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR SEMESTE

kepada semua sahabat-sahabat saya

maafla ye kengkawan.. lambat skit wish...

ape2pun semoge kita semua dipermudahkan dalam segalanya...
*** AMIN***


Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan

sem nie saya kne hadap 4 paper... 

1# Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Major) 
~ 04/06/2012 ~
2# Early Childhood Curriculum (Major)
~ 12/06/2012 ~
3# Mathematic For Young Children (Major)
~ 14/06/2012 ~
4# Geografi Malaysia (Minor)
~ 15/06/2012 ~

1 dh lepas... 
Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak

ade 3 lg akn menyusul....
Early Childhood Curriculum, Mathematic For Young Children & Geografi Malaysia



wish me luck ye kengkawan... so.. mggu nie sy bercuti daripada berblogging... 



~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3




Tabung Kawin?? Jom derma kepada saya.. semudah "klik".. :)

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera semua...

entri kali nie agak mengancam je bunyinye kn... 

"Tabung Kawin"

wah!! gatal nk kawin.... mane adelah... hehehe
ok2.. persoalan pertama... ade ke org nk kawin ngn saya nie..? :P
ade ke xde... yg penting standby duit.. yeke? hahahhaa... :D
nk kawin kne ade duit... betul ke? ($_$)
persoalan kedua... ala... ko 2 pmpuan... lain la laki... kene sediakan mas kawin.. duit hantaran lg.. 
yeke? betul ke? (?_?)

hantaran berupa dinar emas
( sesiapa berminat utk membeli dinar emas ini.. boleh la tinggalkan komen di entri )
# iklan jap #

jawapan sy senang jew.... yg nk kwin 2 bkn laki sorng jew.. tp pmpuan pun sama kn.. kate sush senang tanggung bersama... so.. kne la usaha same2.. ye x? esk kawin nk hidup bedua... bkn hidp sorng2.. right?
kenduri walimatul urus kn nk jamu org yg raikn kita... xgune wet ke 2 nmenye...?? 
memangla pihak laki yg kne sediakan mas kawin n hantaran... tp pada saya duit hantaran@hadiah pemberian dr pihak laki 2 xlehla pihk pmpuan sekali harung habis mase kenduri... bkn ke kenduri 2 la starting hidup berumah tangga yang sepatutnye perlu dipikirkan... jgan la mase kenduri habis semuanya... 


yang paling pentingkn sebenarnye hidup selepas kawin.. bkn majlis perkahwinan... so.. pepalingpun.. ade la skit duit utk kwin yg kena ade.. bkn mengharap duit hantaran semata-mata... xkanla semuanye mak bapak nk tanggung.. yg nk kwinnye kta.. so.. phm2lakn.. :)
tp.. xdinafikan la... majlis 2 mungkin sekali seumur hidup... semua kita nk wt yang terbaik... cume.. 
pd pendapat peribadi saya... berpada2la, ikutla kemampuan... jgn ikutkn kemahuan.... 
lainla.... kalu ade org nk sponser.. yg 2 lain... rezki jgn ditolak...sapu jew... dh ade org nk bg.. xkn nk tolak... xcerdik 2 nmenye...  hehehe... :))


ok2... cukupla 2 saya melalut... hihihihi... dh lari dari tujuan sebenar entri plak dah nie...
ok... tabung kawin td sebenarnya antara sumber2 kewangan yang ingin saya cube dpt adalah melalui pengiklanan yang saya siarkan di blog saya ini.... harap u'alls blehla support saya... dengan hanya mengklik...
dimana2 sahaja iklan nuffnang yang terdapat di blog saya ini...
xsushkan... just klik saja.... klik ye.... plz...plz... plzz.... :)
bantuan daripada u'alls semua sedikit sebanyak dpt membantu saya dalam mengumpulkan salah satu daripada tabung kawin saya ini... 
semoga anda semua diberkati... <3<3

~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3


Sijangkang.... ape tu... jom explore ?

Assalamua'laikum n salam sejahtera semua...



entri kali ini saya nk share tentang kampung halaman saya.... dalam kesebukan study untuk 3 lg paper saya sem 6 nie yang akan menyusul pada 11,14,15Jun 2012 nie... tergerak hati saya nak share berkenaan kampung tempat saya membesar.. semua idea nie datang lepas saya buka group page kampung saya di FB... nama kampung saya kampung Sijangkang.. walaupun bagi sesetangah org yang baru pertama kali mendengarnya akan aggap bunyinye lucu... tp tahukah anda..


Kampung tercinta saya nie agak famous sebagai tempat shoting2 bg produser drama tv, movie.. mahupun filem... mungkin anda tidak percaya bukan.. dan merasakan yg saya nie bercakap hanya untuk poyo2 kn? saya tak tipu anda semua... inilah hakikat kebenaran yang ingin saya kongsikan.... anda familiar dengan tajuk filem yang baru sahaja ditontonkan di pawagam... "ngongkrong".. antara salah satu pengambarannya dijalankan dikampung saya ini... " FILEM Ngangkung yang menempa sejarah sebagai filem pecah panggung, banyak berlatar suasana malam bagi disesuaikan dengan ceritanya yang mengisahkan kegilaan terhadap pemujaan nombor ekor. Tidak menghairankan apabila filem Nongkrong berkonsep sama seperti Ngangkung juga, banyak merakamkan waktu malam sebagai latarnya kerana masih menampilkan topik pemujaan nombor ekor.Sekali lagi, Ismail Bob Hasim tampil dengan genre komedi seram menerusi filem ketujuh arahannya yang menjalani penggambaran di pinggir hutan sebuah kampung di Sijangkang, Selangor." dipetik daripada Mymetro

Selain itu juga, anda pernah dengar drama seram di tv3.. "Santau Merasuk"... penggambarannya juga dilakukan di kampung saya.. “Untuk menjiwai watak ini, saya buat rujukan dengan menonton filem Santau, Paranormal Activity, Anti Christ, Exorcist dan Laddaland (Thailand). Jika filem Santau mengisahkan pasangan suami isteri mengalami kejadian menakutkan akibat di santau jiran menerusi drama ini ada penambahan anasir lain seperti penunggu pokok,” katanya memaklumkan penggambaran itu mengambil masa 40 hari sekitar Sijangkang dan Kuala Lumpur._dipetik di myMetro juga.


selain itu, anda pernah dengan cerita "Cuak" di astro ceria.. lakonan adik mia sara yg chumel tu.. penggambarannya juga telah dilakukan di kampung saya ini... Kalau terserempak dengan sek penggambaran juga dah terlalu kerap saya jumpe.. artis2 popular juga sebenarnya tidak asing lagi dengan nama kampung saya ini... jadi.. bagi anda2 yang awlnya tadi tertawa mendengar nama kampung saya ini... haa... sekarang... gelakkan... kampung kau ade?? hehee... :P 


sebenarnya banyak lagi shoting2 yang dijalankan.. tp xambik tau sgt... saya pun xheran sangat dah kalu terserempak ngn tempat shoting n artis2 nie... dolu2 jela macam batak sikitla kalu nmpak... hehehe... dolulaaaa... maklumla...ble banyak sangat dh shoting sane sini...... 2 yg skrng xheran kalu nmpk... hahahaha... poyoz sikit nie... :p 

ok2.. cukupla pasal tempat shoting2 niekn... :)  ok.. pernah dengar azan kat tv 9? semuanye shot kt sijangkang gak... kat Masjid Jamiul Ehsani

nie bru pas cat baru... :)

nie gambar lame... dlm kenangan.. :)

skarang saya nak share plak mercu tanda penting yang ada di sijangkang.... antaranya... 









dah naik muak tengok kat proton city... tup tup, dia bukak plak kat sijangkang nie... hahaha... :)

okla.... last2... nk share pasal asal usul kampung saya nie dari mana dapat name.... 


Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.


Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’. Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG'


Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.


Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah.


Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
kredit to : pamai

rujukan dan gambar :
diambik dari FACEBOOK group sayangi sijangkang dan seperti yang telah dilinkkan.




~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter