Sijangkang.... ape tu... jom explore ?

Assalamua'laikum n salam sejahtera semua...



entri kali ini saya nk share tentang kampung halaman saya.... dalam kesebukan study untuk 3 lg paper saya sem 6 nie yang akan menyusul pada 11,14,15Jun 2012 nie... tergerak hati saya nak share berkenaan kampung tempat saya membesar.. semua idea nie datang lepas saya buka group page kampung saya di FB... nama kampung saya kampung Sijangkang.. walaupun bagi sesetangah org yang baru pertama kali mendengarnya akan aggap bunyinye lucu... tp tahukah anda..


Kampung tercinta saya nie agak famous sebagai tempat shoting2 bg produser drama tv, movie.. mahupun filem... mungkin anda tidak percaya bukan.. dan merasakan yg saya nie bercakap hanya untuk poyo2 kn? saya tak tipu anda semua... inilah hakikat kebenaran yang ingin saya kongsikan.... anda familiar dengan tajuk filem yang baru sahaja ditontonkan di pawagam... "ngongkrong".. antara salah satu pengambarannya dijalankan dikampung saya ini... " FILEM Ngangkung yang menempa sejarah sebagai filem pecah panggung, banyak berlatar suasana malam bagi disesuaikan dengan ceritanya yang mengisahkan kegilaan terhadap pemujaan nombor ekor. Tidak menghairankan apabila filem Nongkrong berkonsep sama seperti Ngangkung juga, banyak merakamkan waktu malam sebagai latarnya kerana masih menampilkan topik pemujaan nombor ekor.Sekali lagi, Ismail Bob Hasim tampil dengan genre komedi seram menerusi filem ketujuh arahannya yang menjalani penggambaran di pinggir hutan sebuah kampung di Sijangkang, Selangor." dipetik daripada Mymetro

Selain itu juga, anda pernah dengar drama seram di tv3.. "Santau Merasuk"... penggambarannya juga dilakukan di kampung saya.. “Untuk menjiwai watak ini, saya buat rujukan dengan menonton filem Santau, Paranormal Activity, Anti Christ, Exorcist dan Laddaland (Thailand). Jika filem Santau mengisahkan pasangan suami isteri mengalami kejadian menakutkan akibat di santau jiran menerusi drama ini ada penambahan anasir lain seperti penunggu pokok,” katanya memaklumkan penggambaran itu mengambil masa 40 hari sekitar Sijangkang dan Kuala Lumpur._dipetik di myMetro juga.


selain itu, anda pernah dengan cerita "Cuak" di astro ceria.. lakonan adik mia sara yg chumel tu.. penggambarannya juga telah dilakukan di kampung saya ini... Kalau terserempak dengan sek penggambaran juga dah terlalu kerap saya jumpe.. artis2 popular juga sebenarnya tidak asing lagi dengan nama kampung saya ini... jadi.. bagi anda2 yang awlnya tadi tertawa mendengar nama kampung saya ini... haa... sekarang... gelakkan... kampung kau ade?? hehee... :P 


sebenarnya banyak lagi shoting2 yang dijalankan.. tp xambik tau sgt... saya pun xheran sangat dah kalu terserempak ngn tempat shoting n artis2 nie... dolu2 jela macam batak sikitla kalu nmpak... hehehe... dolulaaaa... maklumla...ble banyak sangat dh shoting sane sini...... 2 yg skrng xheran kalu nmpk... hahahaha... poyoz sikit nie... :p 

ok2.. cukupla pasal tempat shoting2 niekn... :)  ok.. pernah dengar azan kat tv 9? semuanye shot kt sijangkang gak... kat Masjid Jamiul Ehsani

nie bru pas cat baru... :)

nie gambar lame... dlm kenangan.. :)

skarang saya nak share plak mercu tanda penting yang ada di sijangkang.... antaranya... 









dah naik muak tengok kat proton city... tup tup, dia bukak plak kat sijangkang nie... hahaha... :)

okla.... last2... nk share pasal asal usul kampung saya nie dari mana dapat name.... 


Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.


Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’. Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG'


Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.


Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah.


Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
kredit to : pamai

rujukan dan gambar :
diambik dari FACEBOOK group sayangi sijangkang dan seperti yang telah dilinkkan.




~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Winnie The Pooh Glitter