Kami Juga Punya Hak Untuk Memilih

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera......


Malam nie saya nk share sedikit rase kurang senang terhadap persepsi sesetengah individu terhadap keputusan dalam memilih Subjek Minor yang telah saya pilih.  Saya adalah pelajar ISMP Major Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Minor Geografi... Adalah beberapa orang yang mempertikaikan kenapa saya mengambil Minor Geog nie... ayat yang biasa saya dengar diri meraka  "ape kaitannye dgn Major"... 


Dengan sedikit ilmu yang berbekal di dlm diri... saya ingin terangkan sedikit kepada mereka2 yang selalu mempertikaikannya.... 

Sebenarnya, Bidang geografi ini luas.... terlalu luas... geografi ini terbahagi kepada 2 cabang... 

  1. Geografi Fizikal
  2. Geografi Manusia



Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang, Bumi sebagai satu sistem, Batuan, Laut dan lautan, Iklim, Luluhawa, Ekosistem, Tumbuhan dan haiwan liar. Secara keseluruhannya, Geografi Fizikal adalah segala yang berkaitan dengan permukaan Bumi yang meliputi tanah, air, udara, corak, suhu, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya (atmosfera, biosfera, hidrosfera, litosfera). 



Geografi Manusia pula melibatkan kajian tentang keruangan di permukaan bumi yang mengambil manusia sebagai objek utama. Geografi Manusia meliputi geografi kependudukan, aktiviti ekonomi, geografi politik, geografi kebudayaan, geografi kemasyarakatan, geografi tingkah laku dan geografi sosial. Ia memberi tumpuan kepada interaksi antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan alam sekitar. Penekanan diberi kepada taburan dan pola yang wujud akibat perubahan pandang darat fizikal dan budaya dalam usaha manusia untuk kesejahteraan hidup.



Saya yakin benar... individu yang mempertikaikannya ini akan hanya menganggap bahawa goegrafi ini hanya berkenaan dengan keadaan fizikal bumi, "geografi fizikal"... anda silap... geografi ini sebenar bukan hanya berkaitan dengan fizikal bumi sahaja... Malah ianya melibatkan interaksi antara manusia dengan alam serta interaksi manusia dengan manusia...


Contoh yang mudah bila saya kaitkan dengan persoalan yang diajukkan... Cukupla dalan 1 isu saya kupas, iaitu prosedur pembukaan sesebuah tadika@taska. Sebelum seseorg ingin menubuhkan sesebuah premis tadika@taska, perlu menjalankan beberapa penyelidikan dan tinjauan terlebih dahulu bukan? so... tanpa mereka ketahui ianya adalah berkaitan dengan geografi manusia... seperti... yang telah saya highlight di perenggan terdahulu.... 


Walaupun ade sesetengahnya masih mempertikaikan dengan pengaplikasiannya terhadap P&P kanak-kanak... bila org sebut geografi ini... hanya akan byngkn Subjek di SEK.MEN. kn? cube kita buka sedikit minda kita... dlm Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan juga ade beberapa subtema yang boleh dikaitkan dengan subjek geog... tp tidakla seperti yang diajar di sek men... just benda basic2 sahaja... 


okla... rasenye dh terlalu panjang berjela entri ini utk dibaca... takut pula ade yang bosan untuk meneruskan pembacaan anda... okla... buat masa nie.. setakat ini saja lah entri ini.... 


~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter