assalamua'laikum dan salam sejahtera...
entri kali nie saya nk bercerita mengenai penderaan terhadap kanak-kanak.... idea mengenai entri ini saya dapat selepas saya terlihat video mengenai penderaan bayi oleh ibu kandungnya sendiri... rasa sedih.. marah... sakit ati... pilu... semua ada... Apalah nak jadi ngan dunia sekarang nie... sedangkan haiwan pun sayang kan anak... ini kan pula manusia yang dh dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan membezakan baik dan buruk... Ya ALLAH.. sesungguhnya Engkaula yang Maha Mengetahui atas apa yang dikehendakiNya... Bayi kecil itu xtahu apa-apa... apalah salah dia sehingga diperlakukan sebegitu oleh ibu kandungnya sendiri.... Ya ALLAH kejamnye dunia.... :'(
:( :( :( anda tafsirla sendiri... saya xsnggup nk tonton sampai habis... :( :( :(
Namun, fokus utama saya melalui entri ini adalah ingin berkongsi ilmu berkenaan jenis2 penderaan terhadap kanak-kanak utk memberikan sedikit input yg berguna kepada sesiapapun yang ternampak, berniat atau yang seumpama dengannya... mungkin dengan info ini... sekurng2nya kita dapat mengelakkannya daripada berlaku lagi... insyaALLAH...
Para pengkaji penderaan kanak-kanak melihat terdapat pelbagai jenis penderaan kanak-kanak yang saling berkait. Jenis penderaan yang akan menjadi fokus utama adalah penderaan fizikal, seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak. walaubagaimanapun... entri kali ini saya ingin bercerita mengenai apa yang dimaksudkan dengan PENDERAAN FIZIKAL..
Definisi
gambar hiasan
Di bawah undang-undang Malaysia, seperti mana terdapat di dalam akta kanak-kanak 2001, seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami kecederaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat ditubuhkan kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan dan ianya dapat dibuktikan, luka, calar, melecet, berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh, pendarahan, luka di kulit, kebakaran, melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau kehilangan rambut dan gigi. (Akta kanak-kanak 2001 seksyen 17 (2)(a) )
gambar hiasan
gambar hiasan
Aduan terus
Aduan dari kanak-kanak itu sendiri, ibu bapa atau orang yang prihatin
Kecederaan yang boleh dilihat
Kesan dari kecederaan tersebut, ibu bapa biasanya akan membawa anak-anak mereka ke hospital, klinik kesihatan atau pengamal perubatan am.
gambar hiasan
Kecederaan yang dilihat secara kebetulan
Kecederaan seperti bengkak, benjol atau lebam di kesan oleh guru, pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak. Biasanya ibu bapa akan menafikan kecederaan, menunjukkan rasa tidak puas hati atau memberi penjelasan yang tidak jelas. Guru-guru dan pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak dimestikan membuat laporan ke pada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika mengesyaki penderaan fizikal. Apabila seorang kanak-kanak diperiksa atas kecederaan yang berlaku, kadang-kadang tidak terdapat tanda kecederaan fizikal yang jelas,terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah umur kerana mereka tidak boleh bercakap atau takut untuk bersuara.
gambar hiasan
• Terdapat kesan bakar, bengkak, patah atau lebam di mata
• Terdapat kesan bengkak atau tanda yang kelihatan terutama selepas tidak hadir sekolah
• Takut kepada ibu bapa dan memberontak atau menangis apabila tiba masa pulang ke rumah
• Merasa takut bila dirapati oleh golongan dewasa
• Laporan kecederaan oleh ibu bapa atau penjaga
gambar hiasan
• Memberi penjelasan yg berbeza, x meyakinkan @ tiada penjelasan mengenai kecederaan anak mereka
• Menjelaskan bahawa anak mereka nakal, sukar dikawal atau memberi penjelasan yang negatif
• Mengamalkan disiplin fizikal yang tegas/ keras
• Mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol dan keganasan rumah tangga
• Sering mendapat rawatan di hospital atau klinik kesihatan
• Kurang rasa tanggungjawab terhadap keperluan emosi kanak-kanak
Artikel-artikel mengenai penderaan ke atas kanak-kanak
Semoga dengan perkongsian ini dapat mengelakkan sekaligus dapat mengurangkan kes penderaan terhadap kanak-kanak... InsyaALLAH... AMIN
~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~
<3<3<3<3 SHARING IS CARING <3<3<3<3
0 comments:
Post a Comment