Rumusan Kesihatan Holistik Kanak-kanak



Assalamua'laikum n salam sejahtera.... (^_^)

Entri hari ini saya ingin berkongsi mengenai rumusan bagi kesihatan holistik kanak-kanak.. Di sini ingin saya kongsikan sedikit maklumat daripada esaimen yang telah saya siapkan sebelum ini... semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan memberikan input berguna kepada semua...

<3<3<3      SeLaMaT MeMBaCa    <3<3<3



Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu-satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan. Walaupun kerajaan telah menyediakan program-program bagi mengawasi perkembangan kanak-kanak, usaha-usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka.

gambar hiasan

Kunci kepada perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorang kanak-kanak itu ialah taraf kesihatan yang tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang serius. Keperluan dan citarasa seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya, jenis makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut seleranya. Corak pakaian, permainan dan cara berkomunikasi dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya. Tingkah lakunya sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim pada satu peringkat usia mungkin tidak manis atau tidak lagi sesuai apabila umur meningkat.

gambar hiasan

Umpamanya, tabiat menghisap jari biasanya akan hilang dengan sendirinya bagi kebanyakan  kanak-kanak tetapi jika ia berterusan sehingga usia enam tahun keatas, ini mungkin ada kaitannya dengan suasana yang kurang selesa baginya. Ibu bapa boleh menolong mengikis tabiat anak yang kurang manis jika mereka mengetahui asas kelakuan yang  ditunjukkan serta kaedah modifikasi tingkahlaku.

gambar hiasan

Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan berbagai-bagai corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya boleh mengagak sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan suasana yang baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama ada kanak-kanak itu datang dari kalangan keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi keperluannya.

gambar hiasan

Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu , ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman-pengalaman positif yang meninggalkan kenangan-kenangan manis kepadanya supaya dia dapat menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya.

gambar hiasan

Melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang berkesan , pengalaman-pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan perwatakannya. Pengalaman-pengalaman ini merupakan detik peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan pengajaran yang berguna dalam hidupnya. Umpamanya, kanak-kanak yang kematian ayahnya akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu, datuk, nenek dan saudara mara terdekat mencurahkan kasih sayang dan perhatian serta memberi nasihat-nasihat dan pandangan-pandangan positif yang boleh menolong mencorakkan personalitinya. Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan berfikiran lebih matang jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang belum pernah mengalami situasi yang sebegitu mencabar.

gambar hiasan

Sebaliknya, jika si anak tidak mendapat sokongan emosi dan perhatian yang amat diperlukannya, kesedihannya mungkin akan berlanjutan dan akan menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya. Untuk mempertingkatkan potensi anak-anak, ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini, ciri-ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.




~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter