Assalamua'laikum.... n salam sejahtera...
entri nie adalah sambungan dari entri sebelum nie... seperti yg telah saya janjikan pada entri sebelum ini.... semoga ianya dapat memberikan info-info kepada semua.... Selamat membaca.... :)
gambar hiasan
Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan berasa terdorong untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Emosi menambahkan keseronokkan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan, dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya.
Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat di kesan melalui air muka, misalnya suka, takut, marah, sedih atau duka, minat, terkejut dan jijik. Pada peringkat kira-kira 6 tahun, rasa segan, bimbang, putus harap dan iri hati berkembang daripada perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih halus seperti yang terdapat pada orang dewasa daripada kematangan dan pembelajaran yang seterusnya berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja.
gambar hiasan
gambar hiasan
Selain emosi diskrit, Perkembangan emosi kanak-kanak juga merangkumi emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri atau emosi yang berkaitan dengan kendiri kanak-kanak, seperti perasaan malu, bangga, dengki dan bersalah.
gambar hiasan
Pada peringkat prasekolah, perasaan cemburu tehadap kawan-kawan sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan rasa kasih saying daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat ini juga kerap mengalmi emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitive pada pujian dan kritikan orang lain (Lewis,1995; Lewis, Allesandri & Sullivan,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan berasa bangga dan yakin terhdp kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, jika mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan rasa bersalah, walaupun perkara itu merupakan satu kemalangan atau dilakukan dengan tidak sengaja (Graham, Doubleday & Guarino, 1984).
gambar hiasan
Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkah laku emosi yang diperhatikan pada orang lain. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang dipelajari disekelilingnya.
gambar hiasan
Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang dalam sedih (Eisenberg & Fabes,1998). perkembangan empati bergantung kepada perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong leh personaliti dan pengalaman mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati (Eisenberg, 1992,1996). Pada awal umur prasekolah, kanak-kanak merujuk kepada sebab, akibat dan tanda perbuatan untuk mentafsir keadaan emosi.
gambar hiasan
Pada peringkat umur 7 tahun hingga 9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami perasaan orang lain melalui pengalaman dan interaksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat sesuatu untuk menarik perhatian orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat perasan terhadap kritikan dan cemuhan. Mereka mendapati susah untuk menyesuaikan diri dengan kegagalan.
gambar hiasan
Ketika berumur 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan daripada rakan sebaya tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak juga gemar menolong melaksanakan pelbagai tugasan, suka menerima tanggungjawab dan membantu orang lain tanpa mengharap ganjaran.
~~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ~~~~~
<3<3<3<3 SHARING IS CARING <3<3<3<3
0 comments:
Post a Comment