PERMATA NEGARA

Assalamua'laikum w.b.t.... n salam sejahtera...


entri harini saya nak berkongsi mengenai PERMATA NEGARA. seperti yang kita ketahui di Malaysia sekarang ini pengusaha TASKA dan TADIKA telah banyak dibangunkan dan dikendalikan "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" . Selain itu juga, Institusi Pengajian Tinggi Awan & Swasta juga berlumba lumba untuk menawarkan prgram-program  seperti.. KURSUS, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER dan Sebagainya yang berkaitan..PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK...

Di Malaysia juga, Pendidikan Awal Kanak-kanak ini telah mula diberikan perhatian oleh semua pihak antaranya seperti usaha yang telah dilakukan oleh isteri Perdana Menteri kita iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dalam mewujudkan Program PERMATA Negara untuk memberi perhatian kepada kanak-kanak di Malaysia. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak ini sehingga tertubuhnya KURIKULUM PERMATA.


PERMATA Negara




FALSAFAH DAN FOKUS PERMATA NEGARA 

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti. 

Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:
Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan
Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.

i. Berumur satu hingga empat tahun 

ii. Menetap di pinggir atau luar bandar 

iii. Keluarga berpendapatan rendah 

iv. Berbilang kaum dan agama 


untuk maklumat lanjut mengenai PERMATA negara ini boleh klik di sini..

ini pula video korporat mengenai PERMATA negara.... selamat menonton





Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.


Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.


Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah ‘pembelajaran yang menyeronokkan’ dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.


VISI




Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakan secara berkesan.
Penyataan Dasar
  • Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut:


“Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.”






MISI


Bahagian PERMATA komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
  • menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa

  • menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan

  • membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan

  • mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif

  • Melaksana pembinaan dan menyelia Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Winnie The Pooh Glitter