Pendekatan Muzik dan Kanak-kanak

Assalamualaikum & selamat Petang...



Entri hari saya nak kongsi berkenaan muzik dan kanak-kanak... Sambil-sambil buat saimen sambil dengar lagu.. tiba-tiba teringat kenangan mase tahun pertama di UPSI... Subjek Apresiasi Muzik dan Pendidikan Awal Kanak-kanak... Seronok sgt.. maklumla, menyanyi jew.. sebenarny.. muzik dan kanak-kanak ini xdpt dipisahkan.. bak kate pepatah "bagai aur dgn tebing" :))

so... saya nak kongsi n refresh balik ingat saya di UPSI semasa tahun satu... saya kongsikan sedikit info berkenaan esaimen yang saya telah buat berkenaan dengan pendekatan muzik kepada kanak-kanak...

semoga info ini dapat memberikan sedikit input untuk semua..... selamat membaca.....

<3<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3<3


~~~~ CoMeLKan BudaK KoRea Nie NyaNyi ~~~~

Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan sosioemosi, kognitif, fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui pernyertaannya di dalam kumpulan seperti menyanyi dan menari bersama rakan-rakan mereka yang lain. Daripada aktiviti-aktivi seperti itu, kanak-kanak akan mula menunjukkan reaksi emosinya seperti gembira, seronok, takut, marah dan sebagainya. Selain itu, muzik juga dapat membina displin diri misalnya ketika kanak-kanak menyanyi bersama-sama dalam satu kumpulan,pancaragam atau sebagainya. Selain itu juga, muzik mampu untuk meningkatkan konsep kendiri dengan berkongsi bersama rakan-rakan lain.


Melalui perkembangan kognitif pembelajaran muzik pula, kanak-kanak dapat belajar berkenaan konsep muzik seperti pic, irama dan rentak. Mereka juga dapat membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan perkembangan bahasa melalui pembendaharaan kata selain dapat meningkatkan daya pendengaran. Manakala, melalui perkembangan fizikal pula, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor. Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata serta tangan selain dapat meningkatkan kemahiran motor halus misalnya dengan pergerakan jari dan penggunaan alat muzik tertentu.


Selain itu, pendekatan muzik ini juga mampu meningkatkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Ia dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi dengan memberikan maklum balas kepada muzik dan pergerakan. Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Terdapat banyak teori yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi lain yang telah menganalisis dan membuktikan bahawa muzik dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sosioemosi, kognitif, fizikal serta mental kanak-kanak.

Sebelum menamatkan entri ini... jom luangkan masa tengok video nie.... sweet sgt budak nie... <3



~~~ terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini ~~~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter