Kesihatan Holistik Dari Segi Rohani


gambar hiasan

Pendidikan awal kanak-kanak jika ikut pandangan Islam, ia sebenarnya bermula ketika seseorang itu memilih pasangan masing-masing. Untuk menghasilkan sesuatu yang baik tentulah dari benih yang baik. Namun skop tulisan saya dalam artikel ini ialah pendidikan awal yang bermula sebaik sahaja anak itu dilahirkan ke dunia.
gambar hiasan

Pendidikan awal ini sangat penting dan kritikal di enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak di mana perkembangan otak mereka pesat berkembang ketika ini. Ia ibarat "sponge" yang kering, menyerap hampir apa saja cecair yang berada di sekelilingnya. Ibubapa selaku orang yang paling terdekat dalam kehidupan anak-anak yang berusia di bawah enam tahun, perlu memastikan cecair yang berada di sekeliling sponge itu adalah cecair yang bersih jika mereka ingin melihat anak-anak mereka membesar menjadi seorang anak yang berguna. 

gambar hiasan

Enam tahun pertama ini merupakan pendidikan asas (foundation). Anak-anak akan memasuki alam pra remaja, remaja dan dewasa menurut pendidikan asas yang telah dicorakkan ke dalam dirinya di peringkat enam tahun pertama tersebut.


Perkembangan awal otak seorang kanak-kanak berlaku serentak. Apa yang dimaksudkan ialah pertumbuhan otak yang mengawal bahagian-bahagian tertentu seperti perkembangan minda (intelektual), emosi, fizikal, social dan spiritual berlaku secara serentak. Oleh itu, pendidikan awal yang perlu kita perhatikan pun hendaklah secara holistik (menyeluruh). 

gambar hiasan

Kita tidak boleh menekankan pada satu-satu aspek perkembangan sahaja contohnya memfokuskan pada perkembangan fizikal dan minda sahaja sehingga mengabaikan perkembangan-perkembangan lain seperti emosi, social dan spiritual. Ransangan atau pengalaman yang ingin diterapkan kepada anak-anak sewajarnya mengambil kira semua aspek perkembangan tersebut.



~~~ Terima kasih atas bacaan anda ~~~
<3<3<3  SHARING IS CARING <3<3<3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Winnie The Pooh Glitter