entri nie adalah sambungan dari entri sebelum nie... semoga ianya dapat memberikan info-info kepada semua.... Selamat membaca.... :)
gambar hiasan
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
gambar hiasan
Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalankan hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992). Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994).
gambar hiasan
Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain. Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya, knsep kendiri bermaksud anggapan menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh, seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa dan agamanya sendiri. Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat bergolek dan bergerak, begitu juga dengan kendiri kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu seperti kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani.
gambar hiasan
Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada konsep orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai persahabatan kerana bagi mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka duka. Kanak-kanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja. Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983).
gambar hiasan
Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku sosial seseorang kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak yang kurang sahabat akan cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat menyesuaikan diri apabila berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak untuk menawarkan rasa selamat kepada anak manakala rakan sebaya membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta kemahiran penyesuian dengan orang lain.
gambar hiasan
~~~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ~~~~~
<3<3<3<3 SHARING IS CARING <3<3<3<3
0 comments:
Post a Comment