Pengenalan Kesihatan Holistik Kanak-kanak

Assalamua'laikum n salam sejahtera.... (^_^)

Entri hari ini saya ingin berkongsi mengenai kesihatan holistik.. Semasa sy berada di tahun satu, pensyarah saya telah memberikan tugasan mengenai kesihatan holistik kanak-kanak.. Di sini ingin saya kongsikan sedikit maklumat daripada esaimen yang telah saya siapkan... semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan memberikan input berguna kepada semua... 

<3<3<3      SeLaMaT MeMBaCa    <3<3<3

Kesihatan ditakrifkan sebagai kesejahteraan yang lengkap dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan sekadar bebas dari penyakit atau keuzuran. Kesejahteraan adalah tahap optima kesihatan. Manakala holistik @ Holistic adalah asal dari Holism. Yang mana ia adalah juga asal dari perkataan Greek “holos” yang mempunyai erti menyeluruh atau keseluruhannya.

gambar hiasan

Kesihatan holistik terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya seperti :
  • Fizikal
  • Rohani
  • Mental
  • Emosi
  • Sosial
  • Nutrisi/Pemakanan
untuk penjelasan lebih lanjut mengenai bahagian-bahagian ini akan saya kongsikn pada entri yang akan datang... :)



KESIHATAN HOLISTIK MENURUT TEORI PERKEMBANGAN AL-GHAZALI



A. Konsep Manusia Menurut Imam Al-Ghazali

Dasar perbincangan Imam Al-Ghazali mengenai kejadian manusia ialah apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Menurut pandangan sarjana Islam, manusia adalah terdiri atas 2 unsur, iaitu jasmani dan rohani.


B. Personaliti Menurut Imam Al-Ghazali

Kamal (1996) menyentuh pandangan Al-Ghazali tentang personality manusia dan ianya hendaklah dirujuk sebagai sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Dalam jiwa manusia terdapat hati, roh, nafsu dan akal selain daripada jasad. Secara analoginya, hati bertindak sebagai pemerintah kepada jasad, manakala roh, nafsu dan akal pula merupakan rakyat, yang juga mempunyai daya pengaruh terhadap hati. Menurut Mohd Salleh (1994) yang menjelaskan pandangan Imam Al-Ghazali mengenai menyatakan hati boleh ditakrifkan kepada dua makna iaitu:- dari segi fizikal, hati ialah segumpal daging yang berbentuk bulat panjang yang terletak di bahagian dada sebelah kiri, dari segi rohani pula, hati ialah sesuatu yang halus, suci, bersifat ketuhanan, dan rohaniah. Hati dianggap sebagai hakikat manusia yang dapat menganggap segala pengertian, pengetahuan dan arif.

Kamal (1992) memetik pandangan Al-Ghazali (1971) merumuskan bahawa roh terdiri dari dua makna iaitu:- roh ialah jenis yang halus bersumber dan rongga hati, jasmani dan organ melalui perantaraan otot-otot dan urat-urat yang pelbagai jenis serta tersebar ke seluruh bahagian jasad manusia. Roh juga merupakan suatu sifat halus pada manusia yang dapat menangkap segala pengertian. Dalam kitab Ihya Ulumiddin, Imam Al Ghazali (1971) menyatakan nafsu adalah syahwat (seks) atau kkuatan nafsu yang terdapat dalam diri seseorang ( Kamal,1996). Makna kedua sering digunakan oleh ahli sufi dan keduanya membawa kesan buruk. Dalam hal ini, mereka cuba menghindari agar berada dalam, keadaan suci. Mereka menentang dorongan ini bersandarkan perasaan Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut Imam al-Ghazali (1971) menyatakan nafsu boleh dikategorikan kepada empat tahap:- Nafsu Al-Amarah, Nafsu Al-Mutma’innah, Nafsu Al-Lawwamah dan nafsu Mulhamah. Akal merupakan kuasa kefahaman manusia untuk mengetahui hakikat sesuatu. Fungsinya ialah mencari dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati dan seterusnya menghampiri Allah s.w.t. Akal juga unsure penting dalam pembentukan personality manusia. Manusia yang tidak berakal akan rosak personalitinya, seperti yang terdapat pada orang gila. Islam amat memeelihara akal, sehingga dilarang makan atau minum bahan yang boleh merosakkan kesiuman akal. Walau bagaimanapun akal dari segi fizikalnya, ia adalah alat perakamk yang dinamakan otak, terletak di bahagian kepala. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakin Hari Semakin Sayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Winnie The Pooh Glitter